Powered by Blogger.

Tuesday, November 6, 2012

TiPs Bijak Menjelang Peperiksaan !




Sudahkah anda bersedia 
menghadapi peperiksaan? Bagaimana cara terbaik dan ciri hebat menghadapi peperiksaan ? Mungkin ada yang tertanya-tanya, tetapi sebenarnya ada banyak cara untuk menghadapi peperiksaan, namun demikian saya ada sertakan9 tips untuk sedikit sebanyak membantu dalam persediaan terutama seminggu sebelum menghadapi peperiksaan




Ulangkaji Pantas


Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas tetapi member kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan membuat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini penting kerana dengan membaca skema jawapan secara tidak langsung menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci.


Mengajar Orang lain


Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar rakan lain tentang apa yang kita tahu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain. Mengajar orang lain memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. Selain itu, mengajar rakan membuatkan rakan tersebut bertanya soalan yang mana mungkin kita sendiri tidak terfikir sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.


Semak Jadual


Jadual perlu disemak selalu kerana ia sangat penting. Sebelum menghadapi peperiksaaan belajarlah mengikut jadual peperiksaan sebenar kerana ia memberikan asimilasi situasi serta kebiasaan menggunakan minda pada tempoh-tempoh tertentu. Kadangkala mungkin anda tidak terbiasa menjawab matematik pada waktu petang, maka membiasakan diri mengikut jadual peperiksaan perlu untuk meningkatkan keupayaan otak menjawab. Ketika peperiksaan pula, ada baiknya jadual di buat salinan dan sentiasa diperhatikan masa peperiksaan supaya kita tidak ketinggalan atau lewat menduduki peperiksaan.


Bersedia Dengan Keperluan Peperiksaan


Anda tahu apa keperluan peperiksaan yang perlu dibawa? Jika tidak, segeralah bertanya kepada guru anda. Keperluan ini amat penting bagi membantu anda menjawab soalan nanti, perkara seperti alat tulis, geometri, mesin kira-kira perlu diibawa. Selain itu kelengkapan lain seperti kad pengenalan slip peperiksaan juga perlu diambil perhatian.


Jauhi Dari Bercinta


Ada kajian merumuskan sindrom bercinta ini akan muncul apabila semakin menghampiri peperiksaan. Untuk hari ini saya tak nak lah huraikan tentang kajian tersebut, mungkin lain kali kita akan bincangkan. Untuk kali ini penting untuk kita sedari bahawa jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh perasaan untuk bercinta semasa dekat peperiksaan. Hal ini kerana kajian mendapati perasaan ingin disayangi akan terbit apabila diri rasa risau berpanjangan, kesunyian akibat dari peperiksaan yang semakin hampir. Oleh kerana kerisauan berpanjangan tersebut menggalakkan pelajar untuk mencari pengubat diri dengan bercinta.

Mohon Maaf


Hampir peperiksaan cubalah menjadi orang yang baik, mohon maaf, buat baik dan restu dari Ibu bapa serta guru anda. Hal ini penting kerana perbuatan anda itu mungkin akan dibalas baik apabila anda sedang menghadapi peperiksaan nanti. Nampak tidak logik, tetapi ia ada kaitan dengan psikologi apabila kita banyak memaafkan orang, berbuat baik dengan orang lain terutama ibu bapa akan membuatkan kita rasa tenang hinggakan memberi ketenangan kepada otak supaya dapat menyusun dengan baik maklumat-maklumat yang disimpan.

Jangan Terlalu Ketawa dan Berseronok

Apabila hampir peperiksaan, hati-hati dengan perasaan seronok anda. Kalau boleh, ketawa dengan kuat serta berseronok melampau boleh menggalakkan pertukaran cecair kimia badan sehinggakan penyusunan maklumat dalam fikiran akan terganggu. Tetapi jika anda senyum dan gembira secara sederhana pula ia memberi kebaikan dengan merembeskan hormon yang memberi ketenangan.

Jaga Pemakanan

Makanan juga penting, anda mungkin tidak rela ulang ke tandas dan sudah tentu ia menggangu kosentrasi anda ketika menghadapi peperiksaan. Makanan yang baik menjelang peperiksaan ialah sayur berwarna putih seperti bunga kobis boleh meningkatkan daya ingatan serta kekacang. Anda boleh rujuk sini untuk khasiat sayuran.

Berdoa

Akhir sekali dan penting ialah berdoa, berdoa penting kerana kita hidup didunia ini semuanya ditentukan oleh pencipta. Segala usaha serta apa yang kita alami semuanya adalah pemberian dariNya.


Sumber :Tips Bijak Menghadapi Peperiksaan

Wednesday, January 18, 2012

LAPORAN PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 DAN PERALIHAN 2012


1.0  TARIKH  :          5 dan 6 Januari 2012
2.0  MASA  :               7.30 pagi hingga 1.40 petang
3.0  TEMPAT  :         SMK Taman Desa Tebrau
4.0  KEHADIRAN  : Semua pelajar tingkatan 1 dan Peralihan 2012
5.0  AKTIVITI  :
Pada tahun ini, program orientasi dijalankan selama dua hari sahaja iaitu pada hari Khamis dan Jumaat berbanding selama seminggu pada tahun sebelumnya.   Oleh kerana masa yang  diperuntukkan agak singkat,aktiviti lebih tertumpu kepada taklimat  yang disampaikan oleh para pentadbir, kaunselor, badan disiplin serta pusat sumber.  Waktu pelaksanaan adalah seperti yang tertera dalam jadual.  Guru-guru telah diberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan semasa mesyuarat pengurusan HEM oleh Encik Mohd Atan bin Ali.  Jadual bertugas juga telah dimaklumkan kepada guru yang terlibat selain telah ditampal di pejabat serta bilik guru bagi memudahkan guru yang terlibat menjalankan tugas masing-masing.
Hari pertama (Khamis) 5.1.201
MASA
PENGISIAN
TEMPAT
CATATAN
7.30 pg
Perhimpunan sekolah


Pengurusan pelajar baru


Tapak perhimpunan

Dewan kelas
Tapak perhimpunan
Perhimpunan sekolah  telah dijalankan seperti biasa. 

Pelajar dikumpulkan mengikut kelas masing –masing sebelum bergerak ke dalam dewan
8.30 pg – 10. 20 pagi




















10.20 – 10.40 pagi

10.40 – 12.00 tgh









12.00 – 12.40 tgh










12.40 – 1.50 petang
Taklimat Unit Bimbingan & Kaunseling




















Rehat


Permainan simulasi










Taklimat pusat sumber











Latihan nyanyian lagu sekolah, lagu Bangsa Johor dan Negaraku

Dewan kelas
Taklimat Unit Bimbingan dan kaunseling telah disampaikan oleh Encik Mohd Atan bin Ali dan Cik Siti Zanariah binti Md Khairi.
Aktiviti ice breaking telah dijalankan sebagai rutin pembukaan majlis orientasi.  Tujuannya agar pelajar merasa selesa dan dan dapat berkenalan dengan rakan dari kelas yang berlainan.
Taklimat merangkumi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling, pengenalan kepada persekitaran sekolah menengah serta tata cara sebagai pelajar SMk Taman Desa Tebrau.
Taklimat diselang selikan dengan  beberapa permainan indoor bagi mengelakkan pelajar merasa bosan.



Taklimat guru disiplin tidak dapat dijalankan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.  Bagi mengisi masa pelajar, aktiviti simulasi dalam kumpulan kecil dan besar telah dijalankan.  Aktiviti ini melibatkan interaksi dua hala antara guru dan pelajar serta pelajar dengan pelajar.


Taklimat disampaikan oleh Puan Azila Dason.  Beliau memberi taklimat berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pusat sumber sekolah.  Taklimat merangkumi tatacara peminjaman dan pemulangan buku, waktu operasi  serta peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar yang menggunakan perkhidmatan pusat sumber sekolah.

Latihan lagu dikendalikan oleh En. Raja Azudden, Cik Kamarina dan Cik Liaw Ming Fong.  Pelajar telah diajar nyanyian lagu sekolah serta tatacara semasa menyanyi lagu dengan betul.  Latihan lagu disertakan bersama minus one.






Jumaat (6.1.2012)
MASA
PENGISIAN
TEMPAT
CATATAN
7.30 pg – 8.10 pg





















8.20 pg – 10.10 pg
Aktiviti Pembangunan Insan




















Taklimat bersama Pengetua SMK Taman Desa Tebrau









Tapak perhimpunan
Surau SMKTDT
Bilik Muzik



















Anjung Sri Tanjung
Pelajar berkumpul mengikut aktiviti masing-masing.  Pelajar Islam berkumpul di surau untuk bacaan yasin, pelajar berbangsa Cina berkumpul di tapak perhimpunan manakala pelajar India berkumpul di bilik muzik bagi aktiviti moral.  Secara tidak langsung, pelajar telah didedahkan dengan aktiviti sekolah berunsurkan kerohanian dan moral bagi membentuk sahsiah unggul.


Pelajar dikumpulkan di Anjung Sri Tanjung bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengetua SMK Taman Desa Tebrau, Pn Zaiton binti Hussein.  Beliau memberi taklimat berkaitan persekitaran sekolah serta menyentuh sahsiah pelajar.  Beliau juga memberikan motivasi kepada pelajar agar sentiasa cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum serta sahsiah. 
Taklimat turut diserikan dengan latihan lagu sekolah.  Puan pengetua mahukan pelajar baharu menghafal serta menyanyikan lagu dengan baik kerana ia mencerminkan jati diri dan rasa bangga terhadap sekolah.

Rehat


10.40 pg – 11.50 pg




























11.50 – 12.25 tg
Taklimat Kokurikulum



























Penyusunan pelajar mengikut kelas




Anjung Sri Tanjung




























Anjung Sri Tanjung
Taklimat disampaikan oleh GPK Kokurikulum, En Arulananthan a/l Sathiamoorthy.  Beliau memberi taklimat mengenai unit kokurikulum sekolah serta perlunya pelajar mengikuti aktiviti yang telah diatur oleh unit kokurikulum.  Taklimat kemudiannya disambung oleh Encik Noorhafizan bin Norhayat selaku Penyelaras Sukan dan Permainan SMK Taman Desa Tebrau.  Beliau menerangkan jenis kelab, unit beruniform serta sukan yang terdapat di SMK Taman Desa Tebrau


Aktiviti ini diambil alih oleh guru tingkatan berkaitan penempatan pelajar.





6.0  PENILAIAN  :
Program  orientasi berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang jitu daripada guru-guru serta pihak pentadbir.  Guru –guru yang terlibat memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi.  Walau bagaimanapun, tidak semua aktiviti dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan kerana terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan.  Namun, aktiviti tetap berjalan mengikut masa yang telah ditetapkan.  Satu pembaharuan berbanding tahun lepas, pelajar peralihan 2011 tidak terlibat dalam sesi orientasi ini.  Secara tidak langsung, aktiviti dapat dijalankan dengan lebih lancar serta kawalan pelajar lebih baik.















Friday, January 13, 2012

Maklumat Permohonan Kemasukan Lepasan UPSR, PMR, SPM 2011

Senarai tarikh permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kelas Rancangan Khas (KRK), Kolej Vokasioanl (KV), Sekolah Menengah Vokasional (SMV), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Maktab Tentera DiRaja (MTD), Kolej Matrikulasi dan insitusi yang lain bagi lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).



Lepasan UPSR

Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia
TarikhRujukan
Permohonan Dibuka4 Januari 2012MOE
Permohonan Ditutup27 Januari 2012Pengetua Sekolah
Keputusan PermohonanFebruari 2012MOE
Pendaftaran Pelajar BaruFebruari 2012VI, Methodist, St John

Tingkatan 1 SBP
TarikhRujukan
Permohonan Dibuka1 September 2011MOE
Permohonan Ditutup15 Oktober 2011
Keputusan Permohonan14 Disember 2011MOE
Permohonan eRayuan Ditutup5 Januari 2012MOE
Pendaftaran Pelajar BaruJanuari 2012
Keputusan Rayuan:Pengambilan ke 2Februari 2012
Tingkatan 1 MRSM
TarikhRujukan
Permohonan Dibuka17 November 2011MARA
Permohonan Ditutup30 November 2011
Penghantaran Dokumen Ditutup5 Disember 2011
UKKM12-16 Disember 2011
Keputusan Permohonan
- Ulul Albab & IGCSE
- Biasa
6 Januari 2012
Januari 2012
MARA
Permohonan RayuanJanuari 2012
Pendaftaran Pelajar BaruFebruari 2012
Keputusan Rayuan:Pengambilan ke 2Februari 2012
Keputusan Rayuan:Pengambilan ke 3Mac 2012
Tingkatan 1 KRK
TarikhRujukan
Permohonan DibukaHari keputusan UPSRSekolah & PPD
Permohonan Ditutup14 hari selepas dibukaPejabat Pelajaran Daerah (PPD)
Keputusan Permohonan21 Disember 2011Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
Permohonan Rayuan Ditutup12 Januari 2012Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
Pendaftaran Pelajar Baru4 Januari 2012 Sekolah
Keputusan RayuanFebruari 2012 JPN & PPD
Tingkatan 1 SMKA & KAA
TarikhRujukan
Permohonan Dibuka17 November 2011Sekolah & PPD
Permohonan Ditutup24 November 2011Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
Keputusan Permohonan21 Disember 2011Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
Permohonan Rayuan Ditutup29 Disember 2011Unit Pendidikan Islam, PPD
Pendaftaran Pelajar Baru
- SMKA
- KAA
3 Januari 2012
mengikut sekolah
Keputusan RayuanJan – Apr 2012Unit Pendidikan Islam, PPD
Selain daripada di atas terdapat beberapa institusi lain yang boleh dipohon. Di antaranya :
  • Pengambilan Pelajar Tingkatan Satu Rancangan Khas YS yang diuruskan dengan kerjasama Yayasan Selangor dan Kementerian Pelajaran
  • Sekolah-sekolah kawalan di bawah Kementerian Pelajaran
  • Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah Kementerian Pelajaran
  • Sekolah Agama Menengah (SAM) dan Sekolah Agama Menengah Tahfiz (SAMT) yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Negeri
  • Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Lepasan PMR

Tingkatan 4 SBP
TarikhRujukan
Permohonan Dibuka1 September 2011MOE
Permohonan Ditutup15 Oktober 2011
Keputusan PermohonanJanuari 2012
Permohonan RayuanJanuari 2012
Pendaftaran Pelajar BaruFebruari 2012
Keputusan Rayuan:Pengambilan ke 2Februari 2012
Tingkatan 4 MRSM
TarikhRujukan
Permohonan Dibuka3 Oktober 2011MARA
Permohonan Ditutup20 Oktober 2011
Tarikh Akhir Hantar Dokumen26 Oktober 2011
UKKM28 Nov – 2 Dis
Keputusan PermohonanFebruari 2012
Permohonan RayuanFebruari 2012
Pendaftaran Pelajar BaruFebruari 2012
Keputusan Rayuan:Pengambilan ke 2Mac 2012
Keputusan Rayuan:Pengambilan ke 3April 2012
Tingkatan 4 MTD
TarikhRujukan
Permohonan Dibuka15 Ogos 2011MTD
Permohonan Ditutup30 September 2011
Keputusan PermohonanJanuari 2012
Tingkatan 4 KV/SMV/SMT
TarikhRujukan
Permohonan Dibuka1 September 2011MOE
Permohonan Ditutup19 Disember 2011
Keputusan Permohonan30 Disember 2011MOE
Pendaftaran Pelajar Baru4-7 & 9 Januari 2012Mengikut KV SMT SMV

Lepasan SPM

Kolej Matrikulasi
TarikhRujukan
Permohonan Dibuka1 Julai 2011MOE
Permohonan Ditutup30 November 2011
10 Oktober 2011
Semakan PermohonanFebruari 2012
Keputusan PermohonanApril 2012
Permohonan RayuanApril 2012
Pendaftaran Pelajar BaruMei 2012
Keputusan RayuanJun 2012
Darul Quran
TarikhRujukan
Permohonan Dibuka1 September 2011Darul Quran
Permohonan Ditutup14 Oktober 2011
Semakan Temuduga24 Oktober 2011
Keputusan Temuduga28 November 2011
Surat Tawaran5 Disember 2011
Pendaftaran Pelajar Baru4 Januari 2012
IPTA – Sijil, Asasi & Diploma
TarikhRujukan
FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan15 Nov – 31 Dis 2011UPU
FASA 2 – Pengesahan Permohonan & Pilihan Program Pengajian9 Jan – 2 Apr 2012
Permohonan Ditutup2 April 2012
Keputusan PermohonanMei 2012
Pendaftaran Pelajar BaruMei/Jun/Julai 2012

NOTA

Maklumat di atas adalah berdasarkan makluman dari beberapa laman web dan pembaca ePutra. Maklumat ini tertakluk kepada pindaan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
Jika ada maklumat terkini harap dapat dapat maklumkan kepada kami, terima kasih.
Credit to: http://eputra.com/

Click here for Myspace Layouts